Monday, 6 May 2013

Pelangi!!

sebenarnya amat jarang nk amik order kek pelangi sbb....sbb....sbb...kena "bertapa" kat dapur lebih 4 jam nak tunggu layer by layer kek tu masak! ... tu baru masak kek..... lps masak kena sejuk kan dulu dalam 4 jam....then baru letak cream.... ha...blm lg nak deco!  but i love it!!! puas hati bila kek siap.... :)



and my price....... :P


Rainbow Cake no flavour with :
cheese frosting cream  > RM100.00 > 3kg
or
vanilla butter cream     > RM80.00 > 3kg


Rainbow Cake with flavour in each color with :
cheese frosting cream  > RM120.00 > 3kg
  or
vanilla butter cream     > RM100.00 > 3kg





nie order dari kak maya untuk anak2 dia.. :)











ok sekian...... ;p

Wednesday, 1 May 2013

Harapan @ "Kalau" = Janji??


tetiba rasa mcm nak citer topik >>>>>  baca sendiri la....... ;p


Soalan:
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.



nie link dari Ustaz Azhar Idrus:




Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Memutuskan pertunangan tanpa kerelaan satu pihak lagi bermakna tidak menunaikan janji ingin berkahwin. Dalam Islam menunaikan janji adalah sesuatu amat dituntut. Sesiapa tidak menunaikan janji termasuk melakukan perbuatan munafik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. (Perkara itu ialah) Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkiri dan apabila dipercayai dia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ikatan pertunangan adalah janji secara dasarnya lahir daripada sikap saling mempercayai dan menghormati antara kedua-dua pihak yang mengikat janji.

Nabi Muhammad memberi panduan yang terbaik bagaimana mencari pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. 

Maka utamakan wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



rasa nak komen sikit...  

mungkin sesetengah anggap perkataan "kalau" itu ayat penyelamat setiap apa yg dia katakan. samaada org tu ikhlas atau tidak setiap apa yg dia katakan...ALLAH jer yg tau... biasa nya orang yg tak yakin jer selalu guna perkataan "kalau".... sama ada dia tak yakin atau sama ada punyai muslihat lain..... 

kadang2  ada sesetengah manusia  tu bagi harapan menggunung....cerita bab hukum kawen la...hantaran berapa lah....planing sblm & lepas kawen la... macam2 keluar..... siap ckp "ok nanti bulan depan saya bawa awak jmpa mak saya"....... klu dah sampai keluar ayat mcm nie ape maksud nye???  adakah kategori "janji"??  

Memang manusia hanya merancang... ALLAH yg menentukan segala... Tapi kita sebagai manusia kena betulkan niat kalau mahukan sesuatu....... Kalau setiap perancangan yang baik itu niat kerana ALLAH... dgn hati ikhlas dan jujur minta petunjuk dan doa ..... jadi tak jadi lain cerita kan... semua ketentuan ALLAH..

Tapi yg jadi masaalah bila kalau dah rasa tak nak atau tak serasi lagi,  berterus terang lebih baik...... jangan berdiam diri sampai pihak yg lagi satu tu tertunggu2......  terus terang senang cerita kan....jgn mainkan perasaan org yang awak sendiri dah tanam macam2 harapan...... at the end blh cakap "saya slalu guna perkataan "kalau" jer......"saya tak buat janji"....

Tak tau nak ckp ape.....orang yg mengalami jer yg betul2  dpt rasa sakit nya....... 
ermmm......  siapa yang merasai pengalaman macam nie...berdoa & berserah lah pada ALLAH Yang Maha Mengetahui.....   والله أعلم