Sunday, 23 December 2012

lega akhirnya......

Alhamdulillah........ gundah hati + berfikir akan jawapan yang tak pasti........walau dimana juga silap atau punca masaalah....semuanya dugaan hati ....Allah tahu akan hati hambanya......


Kepada Hawa...

 Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang.

 Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam.

Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama dan beriman.




***setakat beragama + memperbaiki diri dari kelalaian masa lampau  ~~  tidak bereti sekiranya hati tidak ikhlas & jujur ....  


dalam segi perhubungan niat perlu diperbetulkan...setiap yg dilakukan niat hanya kerana ALLAH...baru hati itu betul-betul redha menerima baik buruk.... 


Setiap pertemuaan dan gerakan hati adalah hadiah yang datangnya dari ALLAH... hargai setiap pemberianNYA... tidak perlu bersyarat dengan memandang fizikal atau kesusahan seseorang... setiap yang diberi olehNYA pasti ada hikmah yang akan diketahui bila tiba masanya.


  ALLAH sentiasa tahu akan hati hambanya...berdoa + tawakal.... baru keIMANan dalam diri bermakna...


~~Bila ALLAH pertemukan seseorang yang baik agamanya + ikhlas + jujur.... jaga lah dengan sempurna, jangan dipersiakan. ALLAH bagi peluang depan mata untuk bertemu dengan yang baik. Jangan lah dibiarkan peluang itu hilang begitu saja hanya kerana ego memilih yg terlalu sempurna...lihat & cermin diri sendiri dahulu... tiada manusia di dunia sifatnya sempurna...~~


Daya tarikan sebenarn adalah dari hati yang murni bukan dari rupa paras yang cantik. Berusahalah mencuci hati agar lebih baik dan mulia agar ramai yang tertarik dengan kesucian hati kamu.
Pakaia n - Yang - Kotor - Boleh Dicuci , 
Hati - Yang - Suci- Sukar Dicari






Saturday, 22 December 2012

Memilih.....Terpilih....


Memilih perahu untuk berlayar itu sangat penting. Kalau tersalah pilih, boleh sahaja bocor di tengah lautan. Sedangkan lautan itu luas, pasti tidak cukup hanya berenang dan mendayung beberapa meter kemudian berhenti. Pasti memerlukan banyak tenaga untuk sampai ke pulau. Maka mendayung perahu, mengemudikannya sedemikian rupa memerlukan kepakaran agar tidak tersesat atau tersalah memilih pulau yang dituju atau tenggelam karam di tengah lautan.
Begitulah ibaratnya dalam memilih cinta. Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta. Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali.
Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.
Bagi kita, formula untuk bahagia itu adalah X manakala bagi lelaki pula sebaliknya beranggapan bahagia adalah dengan Y. Kita ke timur dan dia ke barat. Kita ingin ke lautan sedangkan dia ingin ke daratan.
Apakah cinta yang sedang menghampiri itu sebuah cinta yang dapat diterima akal? Saat dia datang, melemparkan senyuman hanya sedikit tetapi rasanya sangat dalam. Apakah itu dapat diterima akal? Seseorang jatuh cinta pada sebuah senyuman, kemudian ketika ia berdegup kencang, ada labuhan cinta di dada, apakah itu juga boleh diterima?
Banyak wanita Muslimah hanya menggeleng kepala apabila ditanya tentang itu. Apakah logik mereka menggelengkan kepala tetapi lisan mereka berkata, “Aku tidak tahu mengapa aku begini. Tetapi aku sangat menyukainya.”
Inilah sebuah kebingungan hati.
Kematangan kita diuji. Mampukah kita untuk tetap rasional disaat dibuai oleh dahsyatnya pesona? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai diantara kita dapat menjawab dengan pasti. Biasanya akan berkata, “Saya tidak tahu, kita lihat sahaja nanti.”
Dimanakah kecerdasan dan kematangan itu ketika seorang mahasiswi yang masih muda sedang jatuh cinta kepada pensyarahnya? Di manakah pula kecerdasan saat seorang ibu anak dua jatuh cinta kepada suami orang? Ke manakah kecerdasan dan kematangan kita disaat cinta  menghanyutkan kesedaran kita? Otak yang cerdas mendadak jatuh ke kepala lutut dikala cinta menguasainya!
“Bagaimanapun dia, saya tetap mencintainya.”
Begitulah, apa pun dia, tetap sahaja sangat berharga bagi pencintanya.

Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta. Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,
Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai. Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.
Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.
Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.
.
Memilih Untuk Menolak 
Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.


artikel dari: http://akuislam.com/blog/renungan/bijak-dalam-memilih-2/#ixzz2FpXfYyEq

:P






Bingung + Keliru + Tak Faham


ermmmmmm..........mengeluh panjang...tarik nafas......termenung kejap.....

Ya ALLAH dugaan hati yg tak pasti  apakah nie...... cuba untuk faham....tapi bila dalam keadaan diam tanpa sebarang berita tiba2 apekah???

explaination is the best way walaupun kadang2 benda yg nak di explain tu menikam hati....... tak semua orang dapat baca hati dan fikiran setiap orang....kalau agak2...nanti tersalah agak...dah jadi salah sangka....

menunggu sesuatu yg di beri harapan menggunung tinggi....manusia berpegang pada janji kan.... ALLAH pun marah kalau manusia yg tak tepati janji. Tapi kalau janji tu tak boleh nak di tepati...itu semua qada' & qadar ALLAH tentukan... at least cuba untuk  terangkan keadaan sebenar...bkn senyap tiba2...


Punca tiba2 diam pun tak tau kenapa...sedangkan takde masaalah di akhir perbualan....mmg sgt tak faham... jangan lah beri alasan "satu hari nnt akan faham"... tak semua perkara kita manusia boleh guna "term" mcm tu....


setakat terlalu memilih fizikal tanpa utamakan agama + iman dan hati yg ikhlas....tak kemana juga..... kadang2 kena tgk dan cermin diri sendiri dulu.....baru boleh demand...

Allah jadi kan semua manusia sempurna......maksud sempurna bukan dipandang pada fizikal.....semua manusia ada akal + hati.... semua bergantung pada keimanan dan keikhlasan....


Kadang2 manusia yang sempurna fizikal...sempurna kehidupan... tak semestinya kekal  kehidupan indah tu...sekali ALLAH bagi ujian di tengah2 kesempurnaan...baru tahu langit tinggi rendah... Jangan la pandang orng yg di uji hina sgt.


Org yang sentiasa di duga nie InsyaALLAH bersifat tenang.... org yang sempurna tgk mcm susah sangat kehidupan org yang diduga....sedangkan  org yang diduga tak rasa susah mana pun.

Cuba org yang perasan diri tu sempurna rasa bertuah bila ALLAH dekatkan dengan orang yang diduga... sedar tak ALLAH nak bagi pahala free!! JANGAN terlalu fikir kesusahan...INGAT lah,  ALLAH ada... ALLAH tau kemampuan setiap hamba yang diuji...


ALLAH dah bagi peluang sedar dari kelalaian masa lalu..... ALHAMDULILLAH moga dikekal segala amalan mendekatkan diri pada ALLAH.... tapi kenapa  masih ragu2 setiap keputusan yg  nak dibuat....ibarat tak yakin ALLAH akan tolong.

Sendiri yang  memulakan...Datang mencari dengan sendiri....bukan datang diminta..... 

 Semua ALLAH yang aturkan... ALLAH gerakan hati....sebagai manusia yang berakal berfikir la.......






Conclusion nyer ape?? Jawapan paling tepat terus terang......

Bila hati dan iman  sentiasa bersama...wlupun tiada manusia tempat luahan ...INSYALLAH ...maka ALLAH sahaja tempat mengadu...menangis dan meminta...






Wednesday, 8 February 2012

Be Mine~~~~

T'jumpa plak lagu nie kt yOutube...tetiba2 dgr lirik... ermm... opss mcm ada kaitan jer dlm 85%!!
t'igt kenangan yg berakhir akhir thn lps..... kenangan ker???  hahaha....

lebih kurang 2 thn ibarat "teman tp mesra"... ade la juga yg lain, tp x semesra dia! ahaks! bkawan biar ramai.... berkenan biar satu jerrr....dh la aku ssh nak berkenan dgn org! ;p
orang tertentu jer tau siapakah dia...
tapi akhirnya dia......
hOhOhO.. sedih ker?? xsedihhh pOnggggggg....  kecewa jer...  ;p  haha...

 ALLAH kan ada...buat ape nk kecewa....kenal dia pun dh ibarat anugerah... wlupun kadang2 kalau jumpa dgn kawan2, aku cuba ngelak! tp sentiasa xdpt ngelak punyer...  hikhik...

jauh dr sudut hati...aku sentiasa doakan dia yg baik2.....betapa "very supportive" nyer aku sbg kawan, sggup gi wedding dia ...tgk dia bsanding! haha... aku tau dia pun doakan aku!
friend 4eVarrr lah.... :)




bermula di fesbuk, u IM i dulu, x tahu malu

bermula di fesbuk, u IM i dulu, x tahu malu
i malas nak layan, so i buat tak tahu
u terus cuba & mencuba sehingga i jatuh cinta
gatal nya diri u
membuat i terjatuh

bila kita dah start mengada
kita slalu kluar sama
borak panjang2... makan & tengok wayang
sikit2 jer i merajuk, u selalu sabar pujuk
tapi sebenarnya, i cuma test  u saja

let me tell u that  i love u
& i never wanna wrong u... take my hand.. baby..
come go trough with me
let me tell u that i miss u & i never wanna loose u.. u my heart.. baby
my life isn't complete without u

dalam pada i gembira
some some some feel sO sad juga
coz u DAH berpunya
but i always want U be mine forever
is be mine forever...............

Sunday, 5 February 2012

Hafalan Shalat Delisa

Teruja nak tgk citer nie.... ade la juga yang "kecoh2" pasal citer nie... ha!!! AstroFirst la jawabnyer..hehe....

Serious mmg mengalir air mata tgk... aku kn yg sememangnye cpt nangis...huhu... 5kali tgk..5kali juga banjir air mata!!

Aku nie kn mmg pantang klu ade bab "kehilangan ibu @ keluarga"..... cpt jer air mata nie..... Org yg merasai sendiri kehilangan org tersayang jer yg dpt merasakan pedih nya hati nak melalui "kehilangan" yg sgt perit... dgr lagu pun dh sedih....  http://www.youtube.com/watch?v=4UCaoZEk9Z8&feature=player_embedded
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu
mengalir di setiap nafasku.....

Bila kita kena uji dengan Allah, mesti rasa macam Allah tu tak adil. Tapi kita selalu tak perasan nikmat-nikmat yang dah Tuhan bagi dekat kita. Ujian tu semua untuk kuatkan lagi iman kita dan supaya kita boleh ikhlas redhakan semua yang terjadi. Buktinya Allah tu adil sebab masih bagi kita kesenangan dan saat-saat untuk kita bergembira   :)





Cari2....dkt Youtube pun ada...siap full movie....

Cahaya.... Part 2

Aduhai...byk btl keja nak kena buat..... skrg br ada kelapangan....Ok....kita sambung untuk part 2 plak...hehe.... last post  aku ade cerita knp papa ragu2? Nak tau knp????  cer teka..cer teka...hahaha..

Ragu2??? Mau nyer x ragu2.... sbb aku pergi seorang diri tanpa di temani ahli keluarga mahu pun kawan...... dah la tempat jauh...1st time pergi plak tu..dah la x ade siapa2 teman...klu lelaki xapa la..nie perempuan...

Mula2 aku sendiri cuak...ade juga ajak cousin...tp sbb dia “dalam pantang”... so x dpt la pergi...ajak kwn2 yg “sesuai”... dorang plak ade masaalah lain... aku pun dengan hati tawakal sbb niat nak beribadat..cekal kan juga hati juga...sorang pun sorang la... janji niat itu penting selain doa dipermudahkan segalanya di sana nanti...

Lps daftar nama...bermula aku cari2 ilmu.. “topup & upload” ilmu2 yg kekurangan..  “ upgrade & scann” hati... hehe..  Alhamdulillah byk sumber nk dirujuk.... ramai yg membantu... bermula la persiapan yg segala macam tu.... list yg berjela..maklumla dh pergi sorang... klu ade yg t’tinggal kan susah...excited dlm cuak...tapi tenang kan hati..doa byk2...

Sebulan berlalu dgn persiapan mental & fizikal.....luaran & dalaman.... dgn hati yg yakin + kuat kn semgt....
6 May 2011 hari jumaat aku pun berangkat ke tanah suci.... dalam hati doa x putus2... lps subuh...last preparation.....cek segala2 benda yg nk dibawa.... dlm pkl 10pagi bertolak dari rumah ke KLIA....

Sampai KLIA aku pun cari la Group Umrah.. kiri kanan dpn blkg cari... cuak plak x nmpak pun yg ala2 rupa nk pergi umrah..jalan2 lg, toleh kiri kanan, Alhamdulillah jmpa juga kelibat..... rata2 semua yg aku nmpk pergi berteman.....xpe2... aku nekad jer.....ALLAH kan ada....

Lps check-in, dlm pkl 12.30pm kena plak berkumpul sbb wakil agensi umrah nak bg briefing... dlm ½ jam juga la.... lps tu nama sorang2 di panggil sbb nak bagi pas@name tag la.. mana tau kot takut hilang ker sesat ke tersalah agensi ker..hehe..

2nd time nama2 jemaah dipanggil.... tp this time nama jemaah yg pergi tanpa mahram... wakil agensi perkenalkan mahram tumpang bagi jemaah wanita khususnya yg pergi tanpa ditemani mahram... ade la group anak perempuan dgn mak sahaja... ade yg group kwn2 perempuan sahaja...ade yg perempuan sorng sahaja...  dan semesti nya aku la satu2 nye jemaah perempuan yg pergi tanpa ditemani sesiapa.... sedih nie...huhu...







Lps satu2 diperkenalkan dgn mahram tumpang.... nama aku x kena pggil lagi..cuak gak....  tp Alhamdulillah ade juga akhirnya...nama aku yg terakhir dipggil.....mentang2 aku sorng, letak nama aku last yer...hikhik.. “ Hajjah Nur Syazana Mustafa, mahram tumpang awak adalah Haji Johari”.... dr jauh nmpk la muka mahram tumpang aku tu...aku pun senyum la... Lps semua dah selesai... doa dah dibaca.. di amin semua jemaah.... mula la detik2 lelehan air mata...

Papa terus jmpa mahram tumpang aku tu... eceh, papa minta tlg tgk..tlg jaga kan anak perempaun tunggal dia nie baik2....sbb anak perempuan dia nie pergi sorang2... hehe.... aku pun dgn malu senyum simpul bersalam lah dengan keluarga mahram tumpang aku nie...  xada la aku terus interview nama ke tmpt tggal... nnt2 blh tnya... senyum2 jer dulu..hehe...

Babak linangan air mata para jemaah keliling... aku control....thn x meleleh air mata..buat2 senyum...tp dlm hati waaaaa.... Lps semua nya dah “berdrama’, kami pun masuk dlm pintu berlpas.... turun lif siap lambai2....keluar lif nak jalan ke imigresen pun lambai2..... selesai urusan imigresen dah x nampak keluarga masing2.......hanya kami jemaah2 umrah.....

Mahram tumpang aku nie bekerluarga.... suami isteri, mak pada isteri dan kakak pada isteri. So, bermula la episode “soal siasat’ haha..... nama mahram tumpang aku nie Johari @ Abg Joe....dh pencen pun...sbnrnya aku pun serba salah nk pggil abg ke pakcik!! Haha... kjp2 dia bahasa kn diri dia abg..kjp2 pakcik..isk ikut la mana2 pun.. Isterinye nama Azminah... panggil kak Min jer.... rupanya kak Min nie keja kt KPDNKK Putrjaya...alahai berdpn banggunan Imigresen rupanye... Kakak pada Kak Min aku pggil Kak Manisah...wah! klasik nama...mcm citer P.Ramlee labu labi...owh manisah....hehe... then mak pada kak min & kak manisah yang aku pggil nenek...  Nenek nie asal Batu Pahat, Johor..... jawa tau... sempat la aku bljr 2-3 patah bahasa jawa dgn nenek nie! Hehe..

Lps kami sembahyang zohor jamak sekali dgn asar.... terus pergi kat tempat menunggu.....dari cermin kaca dh nampak  “SAUDI AIRLINE”.... sempat la aku msg kawan2 bg “update’  sikit....sbb nnt lps 8jam ddk dalam flight br blh update... Flight aku direct dari KLIA ke JEDDAH... pakej umrah aku ambil 14 hari...aku buat umrah kt Mekah dulu lps tu br ziarah Madinah.

Dalam ½ jam br masuk flight...dalam beratur tu sempat la tgk keadaan keliling..... ade mcm2 rupa...ade org m’sia yg tentunye jemaah umrah... terpandang juga bdak2 kecik umur dlm  4 thn.. 9 thn... untungnya rezeki muda2 dah dapat jejak tanah suci..selebihnya semua yg muka2 org arab la pendek kata...sbb semua hidung mancung..hehe..

Masuk “perut” kapal...cari seat... Abg Joe & family seat lain... Aku plak dpat bhg depan sikit dari diaorang... Yeay!!! Alhamdulillah....aku punya seat tepi tingkap! Mmg la faveret seat aku klu naik flight nk tepi tingkap...nk tgk awan!! Hehe...lg pun aku lemas sikit klu ddk tengah2 .... selesai urusan seat...aku pun ddk la diam2..... smpai la ada couple nie dtg dok sblh aku.....senyum2 jer..hehe...

Lps semua ready....announment pasal keselamatan pun dh habis bebel...mula la kapal tu bgerak pusing....ddk tepi tingkap blh tgk luar..hehe..... sambil tgk2 kt luar tingkap..aku baca la doa2 & berzikir ape yg patut dlm hati... kapal pun makin ke atas..ke atas..ke atas...smpi nmpak awan semata2..... aku pun pun sumbat earphone kat telinga....berzikir, doa xputus...sambil terlelap skali skala... 8 jam tu!! Hehe...





Aik, tp rupanya flight nie rupanya dkt 9jam lebih... transit turun@amik passenger dkt Riyad dulu, then baru la ke Jeddah. Xpe la..ibarat jalan2...hehe...bkn slalu dpt pergi..nie la 1st time....
Lps dari transit di Riyard tu aku tido2 ayam jer..sbb takut terlepas tempat ‘Miqat”....  tiba2 screen dpn aku nie bekelip2 tulisan “miqat”... so rasmi nye kena la niat umrah... kalau telepas tempat miqat x sempat niat..nnt xpasal2 kena ‘dam’.. Alhamdulillah aku sempat niat....makcik yg ddk sebelah aku tu pun siap panggil aku...igtkan aku ... Lps dr miqat tu aku xtidur pun sampai la flight landing...




Alhamdulillah semuanye selamat sampai.... hati berbunga2 bila Nampak tulisan “JEDDAH AIRPORT”...nak amik gmbr x blh...hehe.. turun jer flight, bas transit dah sedia menanti untuk bawa passenger pegi ke arrival terminal. Jauh juga la kot nak jalan kaki..hehe.... Sementara tggu semua jemaah berkumpul...dapt la bergambar...rupanya abg Joe nie pu “kaki bergambar”..hehe...... yg kak min pantang nmpak kamera dia  posing dulu... geng rupanye dgn aku haha...

Sekali lagi Alhamdulillah....imigresen Saudi pun lepas tanpa sebarang masaalah... dalm hati cuak juga..sbb dgr2 cerita sblm nie ade jemaah umrah time smpai imigresen Saudi beg kena buka selongkar bagai...  tp Alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya...

Sementara nak tggu bas yang nak bawa kami ke Mekah..sempat la tinjau keadaan sekeliling airport... Airport Jeddah biasa jer.... xsecanggih KLIA..... hehe... sempat juga aku update dkt papa..bg sms jer..nk call nnt lg mahal..hehe... waktu Jeddah time aku sampai tu lebih kurang dlm pukul 7.30pm... waktu M’sia cpt 5 jam....means M’sia dlm pkl 12.30am.. lama juga la nak tggu bas.... xpe...dugaan kecil sahaja.... yg penting sabar...senyum




mau dekat 2 jam rasanyer tggu bas pun datang.. 2 biji bas digunakan... selesai urusan bas pun jalan...wah!! btl la mcm dlm tv!! Padang pasir!!!  X sangka dpt juga melihat dpn mata...  dapt la tgk bangunan2...kereta2 kt arab nie.. tp x jelas sgt sbb malam kan... Ustaz @ mutawif yang jaga group kami nie kenalkan la diri dia...mcm pemandu pelancong yg bg speech dlm bas tu..hehe... Mutawif yg handle  group bas yg aku naik nie nama nya Ustaz Rahman... Yg bas lg satu tu nama nya Ustaz Karim... Dorang berdua la yg handle jemaah umrah group kami nie sepanjang berada di tanah suci. Lps kenal kn diri..ustaz rahman dok bercerita la serba sikit ape yg patut....sejarah tmpat yg bas lalu nie.... dh abis xde modal nk cerita...dia ajak jemaah berzikir...lama2 semua diam..sbb semua dh tertidur...




aku fikirkan dekat lah antara Airport dgn Hotel.. konon2 dlm otak fikir dlm ½ jam.. rupanye lebih kurang sejam++ sempat la aku tertidur kejap..hehe... buka2 mata bas dah bhenti... Owh! Dh sampai rupanyer... Selesai urusan beg...masuk plak dlm hotel...cek plak list nama masing2.. dapat bilik tingkat mana..bilik no berapa....dgn siapa sebilik...

aku mula nya dapat bilik dengan jemaah lain...kak min dgn family dia satu bilik... tup2...kak min dgn abg joe bekeras srh aku ddk sebilik dgn dgn dorang.... aku plak dalam hati serba salah..  yer la, sepatutnye satu bilik utk 3 jemaah... klu campur aku dh jd 4 jemaah..abg joe x termasuk sbb dia bilik lain. Dia dpt sebilik dgn jemaah lelaki sahaja.

tp kak min berkeras juga srh ddk sebili dgn dia...dia xnak pisah2...dia takut aku hilang katanye..hehe... Nak x nak aku pun ikut la... sampai2 jer bilik...alahai “ comel nye bilik”...  mmg berlaga punggung la klu bgerak dlm bilik..hehe... 3 katil.. kami nie 4 perempaun... rasa lg serba salah... yer la sbb aku masuk, takut dorang plak x selesa... aku siap ckp xpe la biar aku masuk bilik asal aku, nnt klu nak pergi mana2 jmpa kt lobi jer... dorang tetap x bagi.. aku pun ikut jer la... dorang siap alih2 kn katil rapat2...so kami 4 org berkongsi 3 katil..hehe... tp serious mmg sempit la..kesian plak dkt nenek tu.... selesai solat isya rehat dalam ½ jam sebelum kami semua kena berkumpul di lobi untuk sempurnakan our 1st Umrah .....




Lps bersiap2......berleggang sahaja...just bawa beng gantung kt leher tu yg ade buku nota kecil..turun ke lobi....dalam pukul 1am waktu Mekah, cukup jemaah semua berkumpul kami pun bergerak ke Masjidilharam... jarak dgn hotel kira2 dlm 250 meter jer.... sambil berjalan sambil tgk keliling... dr jauh samar2 nmpak bangunan yang penuh cahaya lampu keliling.. makin dkt..makin dekat....dh sampai! Aku berada depan masjidilharam.....  Ustaz rahman & ustaz karim bhenti sjkp kt kwsn lapang dpn pintu masjid untuk bg briefing umrah... 






setelah selesai kena briefing... dgn penuh debaran berjalan ke pintu masuk utama....... nak tau ape yg aku nmpk bila ade dpn pintu?? Hehe..tggu 3rd post.. xlarat dah nie menaip... ada masa lapang nnt sambung balik..hehe..