اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Cinta Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya
Cinta Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan di luar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya.
org bercinta mesti byk mengingati org yg dicintai
bila hati terigt mulut menyebut namanya
bila lidah byk menyebut namanya hati pasti rasa rindu
bila hati rasa rindu mesti nak bertemu
:::rindu pasti terubat bila bersalawat padanya.....bykan
berselawat pada nabi s.a.w
itu lah rindu pada nabi junjungan.....sayang teramat......
berselawat & ikut sunnah nya... :)
Ermm.....tiba2 teringat seseorang....... tak tahu lah ini kategori cinta dari syaitan ke jin....aku fikir Allah dah makbulkan doa yang aku niatkan semata2 kerana Allah...aku terima atas dasar agama dalam dirinya.... perbaiki diri menuju ke jalan Allah....mencari redha Allah...tapi semua yg indah didepan mata hanya Allah yg maha mengetahui disebalik hati seseorng.... Allah menduga aku lagi.....mungkin niat semata kerana Allah, aku mudah untuk redha dan mudah2an hati aku tenang....... apepun semua Allah dah tetapkan....hadapi lah dugaan dengan redha dan bersangka baik dengan semuanya....
Allah yg gerak kan hati dia utk mendekati aku.....Allah juga yang gerakan hati aku menyambut hajat nya..... terlalu menjaga batas dlm perhubungan...... semacam serasi antara kami.... tapi tak tahu di mana silap tiba2 dia mendiamkan diri....tertanya2......masih lagi tiada jawapan.... hanya mampu berdoa dan berserah wlu apa juga kemungkinan. kejujuran dan ikhlasan hilang entah kemana.....manusia mudah berubah sekelip mata..... hanya mampu tabahkan hati.....
hati mmg sgt terluka....diam tanpa sebarang jawapan....tinggal tanpa sebarang pesanan... pasrah....hanya bersangka baik dan berdoa dia bahagia dgn khabar berita yg aku dengar. betul atau tidak berita itu, aku hanya mampu redha dan ikhlas kan hati. belajar untuk buang memori harapan menggunung yg diberi....buang rasa sayang dan rindu yg dipupuk selama berkawan sbg calon suami. hanya jodoh setakat berkawan mungkin....
no big deal la..... ;p *mungkin ALLAH nak jauh kan aku dari orang2 yang tak pandai menghargai.... xpe la, at least lps nie "triple" berhati2 lagi bila nak percaya pada org yang manis mulut pandai berjanji menggunung.....tp akhirnya "nothing 0-0-0-0".. berterus terang lebih bagus, walaupun pahit utk diterima.. ~mmg agak fobia bila dah jadi mcm nie....huhu...~sangat bersyukur pada insan2 yg rapat.....semangat dan nasihat amat la dihargai... :) ~ ALLAH hilangkan 1....tapi lebih dari 1 ALLAH gantikan.. :)
Semua org mahukan pasangan yang sempurna... ♥
Hakikatnya, untuk mendapatkan yang sempurna, TIDAK perlu mencari yang sempurna, cukup sekadar membaiki diri kita jadi sempurna, In Shaa Allah akan bertemu dengan yang sempurna... pilihlah pasangan bukan berlandaskan fizikal, pilih lah pasangan dengan melihat sempurnanya dari segi agama di dada...akhlak yg baik....sentiasa perbaiki iman di hati....
No comments:
Post a Comment