Friday, 26 April 2013
To whom it may concern.....
Datang tak di undang.....di sambut dengan berlapang dada niat kerana ALLAH.....
pergi juga tak di halang...kerana yang menyambut itu mampu melihat tahap ikhlas & jujur nya manusia itu...
Hanya ALLAH yang mengetahui kebenaran di sebalik setiap apa yang tersembunyi.
Tiada dendam.....hanya mampu memaafkan dengan seikhlas & sejujur hati....Tawakal & serahkan balasan yang baik sepenuhnya pada ALLAH....
Ilmu agama yang bertambah di dada belum tentu dapat membuktikan seseorang itu bertambah akhlak nya.
Dalam memperbaiki diri dari kelalaian di masa lampau, jangan memandang hina pada yang lain....takut orang yang di hina itu lebih tinggi ilmu agamanya dari kamu yang sedang memperbaiki diri.
Jangan memandang fizikal luaran...cuma yang di hina itu lebih tenang dan tersenyum dalam setiap perkara. Kerana yang di hina itu tidak menunjuk-nunjuk yang dia juga ada ilmu yang sedang dibaiki.
Jaga lah setiap kata-kata yang keluar dari mulut agar tidak timbul rasa riak & sombong pada pendengaran orang lain.
Bersangka baik lah setiap perkara yang nampak di mata kasar, takut akan terjadi nya fitnah bila apa yang dilihat dan difikir tidak benar.
Seharusnya agama & akhlak mesti datang seiring. Hilang akhlak maka serong lah agamanya dipandang.
Sentiasa bersifat tawadhu.... merendah diri.... insafi perbuatan... muhassabah dalam setiap istiqomah....
~ Nur Syazana Binti Mustafa ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment