pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah...
pesan pada semua jangan mengeluh dan jangan kecewa, ALLAH sentiasa bersama kita.
Jatuh cinta bagi seorang bukanlah
perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan
pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta adalah naik marhalah.
Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah
Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah.
Maka persoalannya bukan pada bagaimana
memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan
seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup.
Oleh kerana sejak awal meniti jalan
menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan
pun juga benar dan tidak melanggar syariat.
Kita tidak perlu menggantung status
sebuah hubungan. Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan
sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi, saling memberi harapan.
Jadi sebaiknya segala sesuatu harus dijadikan teladan. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak
perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak
jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila
tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah
merasa bersedia segalanya.