Sunday, 3 February 2013

Al-Fatihah


Tak sangka.....tapi semua dah tertulis.....semua atas ketentuanNYA yg maha berkuasa........

Abah pada Nurulliza.....kawan baik aku since sekolah menengah ~SMK (P) ASSUNTA,P.JAYA~ meninggal dunia pada 1 Feb 2013 jumaat malam sabtu. Mmg tak sangka......memang agak terkejut bila dapat call dari liza dalam pkl 10malam tu..... nak pegi ziarah dah malam sgt tambah hujan lebat mlm tu...

Pukul 9am sabtu aku pegi ziarah.....tak la jauh rumah liza dgn aku... suasana dah hiba pilu...bacaan yasin dan bacaan ayat Al-Quran yg dipasang mmg buat syahdu....dalam pukul 10.30am urusan mandikan jenazah dan seterusnya bermula.....


Meleleh air mata...~sememangnya aku nie bdk "benye"...air mata murah.. huhu...~  kesian sgt dgn adik liza yg OKU tu....dia x faham ape2....bila time nak khafan jenazah,  Lia menangis seolah faham tu jer kali terakhir dpt tgk abah dia....aku??  tahan air mata...tapi megalir juga la jugak....~sbb teramat sangat faham situasi yg sama pernah jadi pada aku 2 thn lps....~


Tapi liza bertuah...sbb adik beradik dia ramai....masih ada kekuatan semgt dari seorng ibu.... Aku pun bersyukur juga dulu, wlupun masih ada papa+abg long+adik lelaki kesygan = ~  aku satu2 nya perempuan yg tinggal dalam family...~ tapi makcik maksu & cousins yg rapat sentiasa ada membantu yg mana time tu aku rasa keadaan antara waras x waras tapi masih mampu berfikir.... ~semangat aku byk pada arwah mama..tu pasal dlm 2 mggu arwah pergi terus daftar nak pergi umrah sorang2~ Alhamdulillah ALLAH pinjam kan ketabahan + kecekalan dalam diri aku.. :)



Selesai solat jenazah dalam pukul 12.30pm.....terus bawa ke tanah perkuburan...... ermmm..... ada "bau" yg sentiasa mengingatkan aku dgn kematian...... bau kapur barus & yg lain2 ..... ermmm...mcm mama ada kat sebelah jer time tu...huhu.....





Cuma apa yg diralatkan cara pemergian arwah..... bukan ape.....arwah menderita beberapa bulan sakit akibat  perbuatan sihir org yang tak bertanggungjwb..... sgt2 kesian tgk keadaan arwah di saat akhir... skrg nak ckp apa pun xguna.... biar lah ALLAH bg balasan pada org yg berkenaan... 


Nie la jadi bila syaitan lebih dipercayai dari ALLAH.... bila iman dalam diri dicampak merata2... Astagfirullah..... minta2 la dijauhkan dari sifat2 nie.... mudah2an ALLAH ampunkan manusia2 yang xreti bersyukur + tamak + hasad dengki nie.....



Tapi sgt bangga..sbb arwah pakcik Hamdan tinggalkan anak2 (4 lelaki + 3 perempuan ...liza anak sulung) dgn bekalan agama..... Alhamdulillah....semua urusan pengkebumiaan berjalan baik..... anak2 lelaki yg patut di contohi..... bermula dgn meMANDIkan jenazah....mengKHAFANkan....mengIMAMkan solat jenazah....meNYAMBUT jenazah ke liang lahad... menTALKINkan jenazah semua nya diketuai anak lelaki arwah sendiri....wakil2 masjid hanya memantau... betul2 syahdu bila tgk situasi tu.....


ALLAH bagi kita pinjam semua nya...bila ALLAH ambil  ape yg dipinjamkan..kita sbg manusia yg beriman kena redha... mmg sgt susah nak cekalkan hati bila org tersayang pergi...tapi sentiasa tanam dalam hati ALLAH kan ada..... jangan lupa berzikir setiap masa + selawat pada nabi ....tiba2 bila rasa kosong...nak nangis InsyaALLAH hati cepat tenang.... sebagai anak jgn putus doakan utk mak ayah yg dah pergi.... bersedekah niat atas nama arwah....  ~peringatan utk diri sendiri juga nie...~ 


InsyaALLAH mudah2an arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.... :) 

Al-Fatihah....





Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."



1 comment: