Sunday, 10 February 2013

Bila......

Pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat...
pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah...
pesan pada semua jangan mengeluh dan jangan kecewa, ALLAH sentiasa bersama kita. 



Jatuh cinta bagi seorang bukanlah perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta  adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah.

Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. 

Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat.

Kita tidak perlu menggantung status sebuah hubungan. Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi, saling memberi harapan.

Jadi sebaiknya segala sesuatu harus dijadikan teladan. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah merasa bersedia segalanya.

No comments:

Post a Comment